DUNIA
Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka
Letusan dikatakan semakin aktif sejak Isnin, menghamburkan empat kepulan debu berasingan dari Klyuchevskoy, termasuk satu daripadanya mencapai ketinggian 9 kilometer dari paras laut. - Gambar/ IG @artemsheldr
VLADIVOSTOK: Gunung berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia meletus dan memuntahkan asap serta abu setinggi tujuh kilometer ke udara pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
"Tiada penempatan di laluan debu, dan tiada debu jatuh direkodkan di kawasan berpenduduk. "Tiada kumpulan pelancong berdaftar dilaporkan berada berhampiran kawasan gunung berapi ketika kejadian berlaku," kata Kementerian Situasi Kecemasan Kamchatka di saluran Telegramnya.
Susulan letusan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kod jingga, menunjukkan kebarangkalian tinggi pelepasan debu dan potensi bahaya terhadap penerbangan, memandangkan abu bergerak ke arah tenggara menuju Lautan Pasifik.
Letusan dikatakan semakin aktif sejak Isnin, menghamburkan empat kepulan debu berasingan dari Klyuchevskoy, termasuk satu daripadanya mencapai ketinggian 9 kilometer dari paras laut.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa beberapa gunung berapi aktif lain di rantau berkenaan masih berpotensi menghamburkan abu setinggi enam hingga 10 kilometer.
Penduduk serta pelancong dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan dalam radius 10 kilometer dari mana-mana gunung berapi aktif.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Gunung berapi Klyuchevskoy di Kamchatka, Rusia meletus dan memuntahkan abu setinggi tujuh kilometer, dengan satu kepulan mencapai sembilan kilometer, namun tiada penempatan atau pelancong terjejas.
- Amaran kod jingga dikeluarkan berikutan potensi bahaya terhadap penerbangan, dengan abu bergerak ke arah tenggara menuju Lautan Pasifik.
- Pihak berkuasa memberi amaran agar tidak menghampiri kawasan dalam radius 10 kilometer dari gunung berapi aktif lain yang turut berpotensi menghamburkan abu setinggi enam hingga 10 kilometer.