awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Krasheninnikov meletus kali pertama sejak lebih 600 tahun

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2025
09:20 MYT
Gunung berapi Krasheninnikov meletus kali pertama sejak lebih 600 tahun
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Rusia, letusan ini merupakan yang pertama disahkan dalam sejarah sejak tahun 1463. - Foto X @volcaholic1
MOSCOW: Gunung berapi Krasheninnikov yang terletak di Semenanjung Kamchatka, Rusia Timur, meletus buat kali pertama dalam tempoh lebih 600 tahun pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Gunung berapi Krasheninnikov di Kamchatka, Rusia meletus buat kali pertama sejak tahun 1463, dengan julangan abu setinggi 6,000 meter.
  • Letusan berlaku selepas gempa bumi kuat melanda rantau tersebut, mencetuskan amaran tsunami hingga ke Jepun, Hawaii dan Chile.
  • Tiada kawasan penempatan terjejas, namun amaran penerbangan dikeluarkan dan penduduk dinasihatkan menjauhi pantai susulan risiko gelombang kecil.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 melanda kawasan tersebut dan mencetuskan amaran tsunami hingga ke Jepun, Hawaii, dan Chile.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Rusia, letusan ini merupakan yang pertama disahkan dalam sejarah sejak tahun 1463.
Hamburan abu yang dimuntahkan mencapai ketinggian sehingga 6,000 meter dan bergerak ke arah timur menuju Lautan Pasifik.
WATCH: Incredible footage of the FIRST RECORDED ERUPTION of Krasheninnikov volcano in Kamchatka, Russia. It wouldn't be a surprise to me if it was triggered by the megathrust M8.8 earthquake a few days ago. Krasheninnikov volcano began its FIRST RECORDED eruption at 16:50 UTC pic.twitter.com/FpUKRo9dLG
— Volcaholic (@volcaholic1) August 3, 2025
Tiada kawasan penempatan dilaporkan terjejas dan tiada hujan abu direkodkan di kawasan berpenduduk.
Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia telah menetapkan kod amaran penerbangan “jingga” bagi kawasan sekitar gunung berapi tersebut, menandakan risiko gangguan kepada laluan udara.
Gunung Krasheninnikov berketinggian 1,856 meter dan sebelum ini dianggap tidak aktif selama berabad lamanya.
Letusan ini berlaku selepas gempa bumi kuat berhampiran Petropavlovsk-Kamchatsky, yang turut mencetuskan letusan Gunung Klyuchevskoy — gunung berapi paling aktif di rantau itu.
Pakar geologi berkata aktiviti seismik di Lingkaran Api Pasifik boleh mencetuskan tindak balas berantai antara zon gempa dan sistem gunung berapi.
Menurut Olga Girina, Ketua Pasukan Tindak Balas Letusan Kamchatka, pergerakan Plat Pasifik yang menekan ke arah barat pada kadar 80 milimeter setahun menjadikan Kamchatka antara zon subduksi paling aktif di dunia.
“Letusan Krasheninnikov adalah peristiwa bersejarah dan petunjuk bahawa aktiviti geologi di rantau ini sedang meningkat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia mengeluarkan amaran buat tiga kawasan di Semenanjung Kamchatka, Rusia Timur, yang berpotensi dilanda gelombang tsunami susulan gempa bermagnitud 7.0 yang melanda Kepulauan Kuril pada Ahad.
Walaupun sistem Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran rasmi, pihak berkuasa Rusia menasihatkan penduduk agar menjauhi kawasan pantai kerana gelombang kecil dijangka berlaku.
“Ketinggian gelombang dijangka rendah, namun orang ramai perlu berwaspada dan menjauhi pesisir,” kata kementerian itu menerusi saluran Telegram.
Topic Berkaitan
#Gunung berapi Krasheninnikov
#Kamchatka Rusia
#amaran jingga
#kolum abu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan