Gunung berapi La Palma meletus sekali lagi

Astro Awani
Oktober 10, 2021 04:51 MYT
Sehingga Sabtu sejumlah 1,186 bangunan di La Palma musnah dan 497 hektar (1,228 ekar) kawasan diliputi lava. - Foto REUTERS/Juan Medina
LA PALMA: Gunung berapi La Palma di Sepanyol memuntahkan lava sekali lagi pada Sabtu, menyebabkan lagi kemusnahan di pulau berkenaan.
Sebelum ini lebih 1,000 bangunan musnah ditenggelami lava.
Aliran lava baharu dilihat mengalir gunung berapi Cumbre Vieja menuju ke pantai barat pulau itu.
Pihak berkuasa memaklumkan, aliran baharu ini berdekatan dengan kawasan penempatan yang memaksa lebih 6,000 penduduk berpindah.
Sehingga Sabtu sejumlah 1,186 bangunan di La Palma musnah dan 497 hektar (1,228 ekar) kawasan diliputi lava, menurut Perkhidmatan Kecemasan Kesatuan Eropah Copernicus.
Gunung berapi Cumbre Vieja terletak di Kepulauan Canary dan destinasi pelancongan popular di Eropah.
#gunung berapi #La Palma #Cumbre Vieja #lava