Gunung berapi La Palma meletus sekali lagi

Astro Awani
Oktober 22, 2021 21:02 MYT
Sehingga kini, sekitar 7,500 penduduk terpaksa berpindah sejak gunung berapi Cumbre Vieja terletak di Kepulauan Canary itu meletus. - Foto REUTERS
LA PALMA: Gunung berapi di Kepulauan La Palma di Sepanyol sekali lagi memuntahkan lahar pada Jumaat, menyebabkan kemusnahan di pulau berkenaan.
Sebelum ini lebih 1,000 bangunan musnah ditenggelami lahar gunung berapi berkenaan.
Pihak berkuasa memaklumkan, aliran lahar tersebut memaksa ratusan penduduk berpindah.
Dalam kemaskini terbaharu, Datuk Bandar Tazacorte memberitahu, pasukan kecemasan giat membantu penduduk untuk berpindah.
Sehingga kini, sekitar 7,500 penduduk terpaksa berpindah sejak gunung berapi Cumbre Vieja terletak di Kepulauan Canary itu meletus.
#gunung berapi #Cumbre Vieja #La Palma #lahar