Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Gunung berapi Sakurajima di barat daya Jepun meletus

Bernama 16/11/2025 | 03:45 MYT
Letusan berterusan selepas kejadian awal, mendorong agensi berkenaan mengeluarkan ramalan taburan abu bagi beberapa kawasan di wilayah itu. - Foto X/Volcaholic
KAGOSHIMA: Sebuah gunung berapi di Sakurajima, barat daya Jepun meletus awal pagi Ahad dengan menghamburkan debu setinggi 4,400 meter ke udara, menurut agensi kaji cuaca, lapor Kyodo News.

Letusan berterusan selepas kejadian awal, mendorong agensi berkenaan mengeluarkan ramalan taburan abu bagi beberapa kawasan di wilayah itu.

Tiada kecederaan atau kerosakan bangunan dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA

#gunung berapi #Sakurajima #meletus #debu