awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus

Bernama
Bernama
10/08/2025
09:02 MYT
Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus
Letusan kuat Gunung Berapi Shinmoedake di banjaran Gunung Kirishima berlaku sekitar 5.23 pagi waktu tempatan pada Ahad, menghamburkan kepulan abu lebih 3,000 meter ke udara dari kawahnya. - Gambar fail/X/@volcaholic1s
TOKYO: Letusan kuat Gunung Berapi Shinmoedake di banjaran Gunung Kirishima berlaku sekitar 5.23 pagi waktu tempatan pada Ahad, menghamburkan kepulan abu lebih 3,000 meter ke udara dari kawahnya, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Gunung berapi itu, yang terletak di sempadan antara wilayah Kagoshima dan Miyazaki, telah meletus secara berselang-seli sejak 27 Jun. Abu daripada letusan pada Ahad itu dilaporkan bergerak ke timur laut dan dijangka sampai sejauh Takanabe di Wilayah Miyazaki, menurut stesen penyiar kebangsaan NHK.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran bahawa hujan abu sederhana dijangka berlaku di Kobayashi dan Takaharu di Wilayah Miyazaki, serta Kirishima di Wilayah Kagoshima.
Menurut JMA, batuan gunung berapi bersaiz kecil mungkin jatuh dalam lingkungan kira-kira 14 kilometer ke timur laut dari kawah.
Agensi itu mengekalkan amaran letusan pada tahap tiga, menasihati penduduk supaya berwaspada terhadap batuan gunung berapi bersaiz besar dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah dan aliran piroklastik dalam jarak dua kilometer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung berapi Shinmoedake
#gunung berapi meletus
#Jepun
#banjaran Gunung Kirishima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan