awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Shinmoedake di Jepun meletus, tahap amaran kekal pada tahap dua

Bernama
Bernama
22/06/2025
22:15 MYT
Gunung berapi Shinmoedake di Jepun meletus, tahap amaran kekal pada tahap dua
Menurut penyiar nasional NHK, asap dari letusan gunung berapi Shinmoedake bergerak ke arah timur menuju Wilayah Miyazaki, dan setakat ini tiada batu gunung berapi yang disahkan jatuh. - Foto X @volcaholic1s
TOKYO: Gunung berapi Shinmoedake yang terletak di banjaran gunung di sempadan Wilayah Kagoshima dan Miyazaki, Jepun, meletus pada Ahad, menandakan letusan pertamanya sejak 2018, lapor Xinhua.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) melaporkan letusan berlaku sekitar 4.37 petang waktu tempatan, dengan plum abu mencecah lebih 500 meter di atas kawah.
Asap itu bergerak ke arah timur menuju Wilayah Miyazaki, dan setakat ini tiada batu gunung berapi yang disahkan jatuh, menurut penyiar nasional NHK.
Amaran gunung berapi Tahap Dua, mengehadkan kemasukan berhampiran kawah, kekal berkuat kuasa di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai berwaspada dalam radius dua km daripada kawah kerana risiko batu gunung berapi besar dan aliran piroklas dalam lingkungan kira-kira satu kilometer.
Penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada, terutama di kawasan bawah angin, kerana abu dan batu kecil mungkin dibawa angin pada jarak jauh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung berapi Shinmoedake
#meletus
#amaran
#Tahap Dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan