DUNIA
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, amaran tertinggi penerbangan dikeluar
Letusan tersebut menghasilkan kepulan abu setinggi 8 kilometer ke udara, dengan awan kelabu tebal bergerak ke arah barat dan barat laut dari kawah gunung berapi itu. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Isnin, mencetuskan amaran penerbangan tertinggi kepada semua pesawat yang melalui kawasan berdekatan.
Ringkasan AI
Letusan tersebut menghasilkan kepulan abu setinggi 8 kilometer ke udara, dengan awan kelabu tebal bergerak ke arah barat dan barat laut dari kawah gunung berapi itu.
Pusat Mitigasi Bencana Geologi dan Vulkanologi Indonesia telah menaikkan tahap amaran kepada “merah” di bawah sistem Volcano Observatory Notice for Aviation (VONA), iaitu tahap tertinggi dalam protokol keselamatan penerbangan.
Semua pesawat dinasihatkan agar tidak terbang di bawah paras 6 kilometer berhampiran kawasan letusan kerana risiko tinggi terhadap enjin dan penglihatan juruterbang.
Pihak berkuasa turut mengenakan larangan aktiviti dalam radius 7 kilometer dari kawah sebagai langkah keselamatan kepada penduduk, pelancong dan pengunjung.
Komuniti yang tinggal di lereng gunung dinasihatkan agar berwaspada terhadap risiko banjir lahar, terutamanya ketika hujan lebat yang boleh mencetuskan aliran lumpur dari puncak gunung.
Gunung Lewotobi, yang berketinggian 1,584 meter, merupakan salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
Letusan terbaharu ini berlaku selepas beberapa gegaran seismik dikesan sejak awal pagi, termasuk letusan kuat yang direkodkan dengan amplitud maksimum 47.3 mm dan durasi lebih lima minit.
Amaran ini dijangka memberi kesan kepada laluan penerbangan komersial dan kargo yang melalui ruang udara timur Indonesia.
Juruterbang telah diberi amaran tentang bahaya abu gunung berapi yang boleh merosakkan sistem enjin dan menjejaskan operasi penerbangan.
Penduduk di kawasan seperti Dulipali, Nobo, Hokeng Jaya dan Boru diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan pemindahan sekiranya keadaan bertambah buruk.
Pihak berkuasa tempatan kini giat memantau aktiviti gunung dan aliran sungai yang berisiko membawa lahar ke kawasan penempatan.
Ringkasan AI
- Gunung Lewotobi meletus beberapa kali, hasilkan kepulan abu setinggi 8km; amaran penerbangan tertinggi dikeluarkan kepada semua pesawat.
- Aktiviti dalam radius 7km dari kawah dilarang; penduduk lereng gunung dinasihat berwaspada terhadap risiko banjir lahar.
- Letusan dijangka ganggu laluan udara timur Indonesia; juruterbang diberi amaran tentang bahaya abu terhadap enjin dan penglihatan.