DUNIA
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, muntahkan abu sejauh 10 km
Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus pada Jumaat, memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga kira-kira 10 kilometer dari puncaknya. - Gambar @X / Badan Geologi
ISTANBUL: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus pada Jumaat, memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga kira-kira 10 kilometer (km) dari puncaknya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).
Ketinggian awan abu dari paras laut adalah melebihi 11.5 km. Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa diterima setakat ini.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya enam hingga tujuh km dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera berikutan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki pada November lepas.
Gunung setinggi 1,584 meter (5,197 kaki) itu turut meletus pada Mac dan Julai lepas namun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
-- BERNAMA