Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus hari ini melepaskan kepulan asap volkanik kira-kira 6,000 meter ke udara lalu melitupi kawasan tempat tinggal berhampiran.
Letusan ini dilaporkan berlaku pada pukul 5.22 pagi waktu tempatan (6.22 pagi waktu Malaysia).
Susulan kejadian ini, lapangan terbang antarabangsa di Bandar Solo yang terletak sejauh kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu diarahkan tutup buat sementara waktu.
Difahamkan, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yogyakarta merekodkan letusan ini berlangsung selama 450 saat atau 7.5 minit.
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan yang berjarak tiga kilometer sekitar Gunung Merapi bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Terletak di kepulauan Jawa, Indonesia, gunung yang berukuran 2,968 meter ini juga pernah meletus beberapa kali termasuklah baru-baru ini pada 13 Februari lalu.
Namun letusan pada kali ini diyakini lebih besar berbanding sebelumnya.
Dalam 500 bilangan gunung berapi yang terdapat di Indonesia, Gunung Merapi merupakan gunung yang paling aktif.
Kes letusan yang terbesar yang berlaku pada tahun 2010 telah mengorbankan seramai 353 nyawa dan menyebabkan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa berpindah.
Aza Jemima Ahmad
Tue Mar 03 2020
Gunung Merapi melepaskan asap berukuran 6,000 meter - Foto REUTERS
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Gunung Merapi meletus lagi
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Jangan abaikan suara penduduk Riau
Penduduk Riau gesa Presiden Indonesia, Joko Widodo ambil peduli suara penduduk Riau menerusi sebuah video.