awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan

Bernama
Bernama
04/05/2024
10:19 MYT
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Situasi Gunung Ruang yang mengeluarkan asap debu sejak beberapa hari lalu dirakamkan pelbagai pihak dan dimuat naik ke media sosial. - X Berita Sulawesi Utara
JAKARTA: Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia mengeluarkan asap berwarna kelabu antara 100 hingga 200 meter dari puncaknya setinggi 725 meter, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana (PVMBG) Indonesia pada Sabtu.
Agensi itu menyatakan dalam laporan hariannya bahawa cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung dengan tiupan angin lemah dari selatan dan suhu antara 28 hingga 30 darjah Celsius.
Video yang dikongsi oleh jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari menunjukkan cuaca cerah di sekitar gunung berapi itu pada 7.56 pagi waktu Indonesia Tengah.
Abdul Muhairi dalam perjalanan dari Manado ke Pulau Tagulandang, terletak berhampiran Pulau Ruang di mana Gunung Ruang berdiri sendiri dalam daerah Sitaro.
"Mudah-mudahan aktiviti gunung berapi akan berkurang, membolehkan aktiviti masyarakat berjalan seperti biasa," katanya sambil meminta penduduk untuk tetap waspada dan mengosongkan radius tujuh kilometer di sekitar kawah Gunung Ruang.
Sementara itu, pengurusan lapangan terbang melalui Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado, 95 kilometer dari Gunung Ruang untuk hari kelima berturut-turut sehingga 6 petang hari ini kerana abu gunung berapi.
Susulan letusan Gunung Ruang Selasa lepas, pihak berkuasa telah meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi dan memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat seperti yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Ruang
#gunung berapi
#asap debu
#bencana alam
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan