DUNIA
Gunung Semeru di Indonesia meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi
Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi Ahad, dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi Ahad, dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya, lapor Anadolu Ajansi.
Terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, gunung berapi itu, yang berada dalam fasa aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini berada pada status amaran Tahap III, menurut agensi berita kerajaan Indonesia, Antara News.
"Satu letusan berlaku pada 5.46 pagi waktu tempatan Ahad (2246 GMT Sabtu), dengan ketinggian kepulan awan mengandungi abu yang diperhatikan mencecah 1,200 meter dari puncak," kata Liswanto, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru di Lumajang.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak.
"Orang ramai juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko terkena lontaran batu," tambah Liswanto.
Menurut data pemantauan, ketinggian kepulan awan mengandungi abu berbeza-beza antara 500 meter hingga 1,200 meter.
-- BERNAMA