[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Gunung Semeru di Jawa Timur meletus, muntahkan lava

Agensi 04/12/2021 | 11:18 MYT
Letusan Gunung Semaru yang bermula kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan. - Gambar Twitter/@ENHYPEN_ID
JAKARTA: Gunung berapi aktif di Indonesia, Semeru yang terletak di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur meletus hari ini dengan mengalirkan lahar panas sejauh 500 hingga 800 meter.
Portal Kompas yang memetik Balai Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) sebagai berkata, letusan Gunung Semaru yang bermula kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan itu menyebabkan berlakunya 54 gegaran selain mengeluarkan kepulan asap tebal dan lahar yang mengalir di lereng gunung terbabit.
Pun begitu, status Semaru telah ditingkatkan kepada tahap waspada sebelum kejadian itu berlaku lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehubungan itu, orang ramai dan pelancong dinasihatkan supaya menjauhi kawasan gunung berapi itu dalam radius 5 kilometer. Kerajaan juga melarang sebarang aktiviti berhampiran kawasan terbabit.
Setakat ini tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung ancaman Tsunami.
Sebuah video yang tular memaparkan sekumpulan penduduk yang dalam panik lari menyelamatkan diri.
#Indonesia #Gunung Semeru #meletus #Joko Widodo