Gurau tak bertempat, kemaluan lelaki dijolok chopstick oleh rakan sendiri

Sinar Harian
April 30, 2018 00:21 MYT
Chopstick sepanjang 10 sm itu berjaya ditarik keluar tanpa memerlukan sebarang prosedur pembedahan. -Sinar Harian
Seorang lelaki mendakwa rakannya telah memasukkan chopstick atau penyepit ke dalam zakarnya ketika mereka mabuk.
Pesakit hanya dikenali sebagai N V D, 42, itu terpaksa mendapatkan rawatan di wilayah Dong Nai pada keesokan harinya selepas dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selain rasa sakit pada alat kemaluannya.
Dr Tran Phuong di Hospital ITO Saigon-Dong Nai berkata, imbasan yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang objek asing dalam zakar pesakit.
"Chopstick sepanjang 10 sentimeter (sm) tersebut dimasukkan terlalu dalam yang mana bahagian hujungnya adalah kira-kira 2.9 sm dari pembukaan uretra.
"Ia bagaimanapun berjaya ditarik keluar tanpa memerlukan sebarang prosedur pembedahan," ujarnya.
Menurut doktor itu lagi, rakan pesakit berbuat demikian kononnya kerana mahu bergurau.
#alat kemaluan #chopstick #Dong Nai #Hospital #Hospital ITO Saigon-Dong Nai #mabuk #N V D #Tran Phuong #zakar