Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang

Sinar Harian
Jun 28, 2022 02:15 MYT
Mohammed mengekalkan tradisinya menghadiahkan basikal yang akan diberikan kepada murid-murid cemerlang di sekolah di Arab Saudi. - Foto Twitter
RIYADH: Seorang guru sekolah di Arab Saudi mempunyai tabiat yang tersendiri apabila beliau mengagih-agihkan hadiah kepada murid-murid cemerlang pada setiap akhir tahun persekolahan sebagai ganjaran dan motivasi terhadap mereka, lapor media tempatan baru-baru ini.
Guru itu, dilaporkan bekerja di wilayah Shaqra yang merupakan sebahagian daripada wilayah Riyadh.
Beliau juga dilaporkan bersedia untuk mengagihkan-agihkan basikal kepada murid-murid yang cemerlang di sekolah rendah.
Guru itu, Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga yang sebelum ini tidak mendapat penghormatan kerana pandemik COVID-19.
Arab Saudi baru-baru ini telah menarik balik semua sekatan berkaitan pandemik tersebut selepas kempen vaksinasi yang giat dilakukan sehingga menyebabkan penurunan kadar jangkitan COVID-19.
Terdapat video yang tular di media sosial yang menunjukkan basikal-basikal yang disusun dalam barisan yang akan diberikan kepada murid-murid yang terpelajar. - Sinar Harian
#basikal #guru #murid cemerlang #hadiah