awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru muzik cedera ditikam di sekolah Perancis, suspek 14 tahun ditahan

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2025
10:48 MYT
Guru muzik cedera ditikam di sekolah Perancis, suspek 14 tahun ditahan
Seorang guru muzik cedera ditikam di muka oleh pelajar berusia 14 tahun di sekolah menengah wilayah Bas-Rhin, Perancis. -Gambar hiasan
PARIS: Seorang guru muzik di sebuah sekolah menengah di wilayah Bas-Rhin, timur laut Perancis, dimasukkan ke hospital selepas ditikam di muka oleh seorang pelajar berusia 14 tahun semasa sesi pembelajaran pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang guru muzik cedera ditikam di muka oleh pelajar berusia 14 tahun di sekolah menengah wilayah Bas-Rhin, Perancis, dan kini dirawat di hospital.
  • Suspek melarikan diri selepas kejadian dan dipercayai turut mencederakan diri sendiri sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.
  • Menteri Pendidikan Perancis mengecam insiden tersebut, manakala sekolah dikosongkan sebagai langkah keselamatan, dalam suasana kebimbangan berterusan terhadap keselamatan sekolah di negara itu.

Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku di bandar Benfeld dan suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.
Ketika ditahan, pelajar tersebut dipercayai turut mencederakan dirinya sendiri dan kini dirawat di hospital berasingan.
Menteri Pendidikan Perancis, Elisabeth Borne, dalam kenyataan di platform X, mengecam serangan tersebut dan menyatakan solidariti kepada guru serta komuniti sekolah.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap seorang guru oleh pelajar di sekolah menengah Bas-Rhin. Pasukan sokongan kecemasan telah digerakkan dan saya akan melawat lokasi segera,” katanya.
Datuk Bandar Benfeld, Jacky Wolforth, menyifatkan insiden itu sebagai terpencil dan mengesahkan sekolah telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.
Pihak gendarmerie dan pejabat pendakwaan tempatan masih belum memberikan kenyataan rasmi.
Keselamatan sekolah di Perancis menjadi isu hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya selepas pembunuhan guru Samuel Paty pada 2020 yang mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara dan ekstremisme.
Topic Berkaitan
#guru muzik
#tikam di muka
#Bas-Rhin Perancis
#suspek pelajar 14 tahun
#Benfeld
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan