Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza

Bernama
Oktober 12, 2023 05:51 MYT
UNRWA berkata, sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka. - Gambar/ AP
GENEVA/GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang Rabu, antaranya lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).
Sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka, kata UNRWA.
Pada sebelah pagi, pertubuhan itu telah melaporkan sembilan kematian dalam kalangan kakitangan PBB.
Agensi bantuan itu mengulangi bahawa orang awam mesti dilindungi sebagai prinsip dalam konflik.
"Kami menggesa agar pertempuran ditamatkan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa orang awam," kata agensi bantuan itu.
-- BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #petugas PBB #angka korban #guru terkorban