MIAMI BEACH: Bandar Miami Beach memulakan perintah berkurung dan darurat malam hari yang bertujuan untuk mengekang orang ramai keluar berparti kerana dikhuatiri akan menyebabkan peningkatan kes, sekali gus menghalang usaha untuk menurunkan angka jangkitan COVID-19.
Pelancong dari seluruh dunia, yang rata-ratanya adalah kumpulan remaja dan penuntut kolej yang sedang dalam cuti musim bunga atau spring break, membanjiri bandaraya ini sejak beberapa hari lalu.
Datuk Bandar Interim, Raul Aguila mengisytiharkan darurat di bandar itu yang bermula pada Isnin.
Polis telah membuat lebih dari 1,000 penahanan sejak 3 Februari, termasuk lebih dari 50 pada hujung minggu lalu.
Akses menuju ke beberapa lokasi yang terkenal dengan hotel mewah dan kehidupan malam, turut ditutup.
Operasi kafe juga ditangguhkan dan restoran hanya dibuka untuk servis bawa pulang dan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.
Biarpun pihak berkuasa sudah bersiap sedia untuk menerima kehadiran pelancong ketika spring break dengan meningkatkan sekatan, tetapi ia tidak menghalang pelancong dari berkunjung dan berparti di bandar itu.
Florida merupakan antara negeri terawal yang membuka semula sektor pelancongan susulan wabak COVID-19, dengan semua premis makanan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh bermula September lalu.
Namun ia ternyata memberi impak besar dengan daerah Miami-Dade sahaja mencatat kira-kira 16,000 kes baharu dalam tempoh 14 hari lalu.
Setakat ini, lebih 5,700 kematian direkodkan di daerah berkenan sejak wabak itu bermula.
Agensi
Mon Mar 22 2021
Beberapa individu ditahan hujung minggu lalu. - AP
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Gusar dibanjiri pelancong ketika 'spring break', Miami Beach laksana perintah darurat
Pelancong dari seluruh dunia, yang rata-ratanya adalah kumpulan remaja dan penuntut kolej yang sedang dalam cuti musim bunga atau spring break, membanjiri bandaraya ini sejak beberapa hari lalu.
Ombak besar: Tutup laluan 'Miami Beach' jika orang ramai terus berkumpul - Polis
Selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Fenomena air pasang besar: Orang ramai dinasihat jauhi 'Miami Beach'
Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir yang lebih terkenal sebagai Miami Beach di Kuala Nerus, Terengganu.