SYDNEY: Negeri New South Wales (NSW) Australia mengalami haba melampau, dengan suhu di beberapa kawasan dijangka mencecah hampir 40 darjah Celsius yang boleh mencetuskan risiko kebakaran pada hujung minggu.
Weatherzone, penyedia perkhidmatan meteorologi Australia, pada Khamis berkata dua aliran udara panas berasingan berkemungkinan akan terus memberi kesan di kawasan timur dan tenggara negara itu dalam tempoh beberapa hari akan datang, lapor Xinhua.
"Stesen cuaca Observatory Hill Sydney meramal suhu mencecah 30 darjah Celsius atau lebih tinggi setiap hari antara Khamis dan Ahad, kali pertama dalam rekod suhu 165 tahun di mana Sydney menyaksikan empat hari berturut-turut suhu melebihi 30 darjah Celsius dalam musim luruh," menurut Weatherzone.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Biro Meteorologi Australia (BOM) meramalkan suhu di barat Sydney mungkin mencecah 39 darjah Celsius pada Ahad.
"Cuaca panas, kering dan berangin dibimbangi berlaku di kawasan pedalaman New South Wales dan Victoria yang berkemungkinan mencetuskan banyak kebakaran berterusan dan boleh menjadi tidak terkawal hujung minggu ini," amaran BOM.
Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW berkata setakat pukul 9 pagi waktu tempatan pada Jumaat, terdapat 26 kebakaran belukar dan rumput di seluruh negeri, dengan 10 daripadanya belum dapat dikawal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Biro Meteorologi Australia (BOM) meramalkan suhu di barat Sydney mungkin mencecah 39 darjah Celsius pada Ahad. - Foto REUTERS/ Stella Qiu

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.

Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Setakat jam 6 pagi, lebih 10,000 rumah dan perniagaan masih mengalami gangguan bekalan elektrik, kebanyakannya di Adelaide.

Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk.

Perjanjian perdagangan pertama UK pasca-Brexit dengan Australia, New Zealand berkuat kuasa
Ia adalah perjanjian perdagangan pertama pasca-Brexit yang berkuat kuasa dan dilaksanakan selepas UK, Australia dan New Zealand menyelesaikan proses ratifikasi domestik masing-masing.

Pemangku Raja Perlis terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di Istana Arau hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

25 tan daging babi sejuk beku dari Australia dirampas
Maqis mematahkan cubaan membawa masuk 24 tan daging babi sejuk beku bernilai RM180,000 dipercayai dari Australia di Pelabuhan Klang Barat pada Rabu lalu.

Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli
Polis Australia merampas lebih 300 kg methamphetamine yang disembunyikan dalam jentera keluli yang tiba di Sydney dari Mexico, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan
Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.