awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon

Bernama
Bernama
19/04/2025
04:15 MYT
AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS di peringkat serantau dan global. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pentagon pada Jumaat mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyatukan penempatan tenteranya di Syria di bawah Pasukan Petugas Bersama - Operasi Inherent Resolve, dengan jumlah anggota dijangka dikurangkan kepada bawah 1,000 tentera dalam beberapa bulan akan datang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Dengan mengambil kira kejayaan yang dicapai AS dalam menentang Daesh, termasuk kekalahan wilayah kumpulan itu pada 2019 di bawah pentadbiran Presiden Trump, hari ini Setiausaha Pertahanan mengarahkan penyatuan pasukan AS di Syria di bawah Pasukan Petugas Bersama - Operasi Inherent Resolve di lokasi-lokasi terpilih di Syria," kata jurucakap Sean Parnell dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS di peringkat serantau dan global.
"Proses ini dilaksanakan secara berperingkat dan berdasarkan keadaan semasa, dan akan mengurangkan kehadiran ketenteraan AS di Syria kepada kurang daripada 1,000 anggota dalam beberapa bulan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anggota tentera
#AS
#Syria
#Pentagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan