awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haiwan pelik pernah ditemui

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2024
01:00 MYT
Haiwan pelik pernah ditemui
Susur galur keturunan Jerung Goblin berusia sekitar 125 juta tahun dahulu. - Foto Sinar Harian/Agensi
NEW YORK: Banci Hidupan Marin memaklumkan, alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan dan pada masa sama saintis menyatakan angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Namun, berdasarkan jumlah sebesar ini, terdapat banyak lagi haiwan yang belum dikenal pasti keberadaannya dan rekod penemuannya adalah kecil.
Berikut adalah spesies tersebut:
JERUNG GOBLIN
Jerung Goblin ialah spesies jerung laut dalam yang jarang ditemui dan satu-satunya daripada keluarga Mitsukurinidae masih ada. Susur galur keturunan jerung itu berusia sekitar 125 juta tahun dahulu.
Jerung berkulit merah jambu ini mempunyai muncung panjang, runcing dan bengkok, manakala gigi seperti kuku. Ia boleh bergerak dengan sangat pantas dan biasanya berukuran tiga dan empat meter.
ANJING KOMONDOR
Anjing Komondor juga dikenali sebagai anjing biri-biri Hungary yang dipelihara untuk menjaga haiwan ternakan. Bulu anjing ini berwarna putih yang panjang dan seperti rambut dreadlock atau bulu mop.
ECHIDNA
Haiwan berasal dari Australia juga dikenali sebagai tenggiling berduri dan membiak secara bertelur.
Tubuh badan haiwan itu dilitupi dengan duri dan mempunyai muncung panjang dilapisi electroreceptors atau organ pengesan seperti yang terdapat dalam haiwan lain, antaranya platipus.
IKAN BLOB
Ikan Blob ialah spesies lautan dalam yang mendiami perairan di atas dasar laut pada kedalaman 600 hingga 1,200 meter di luar pantai tanah besar Australia, New Zealand dan Tasmania.
Ikan tersebut mempunyai rupa bentuk ganjil berbanding ikan ketika berada luar air. Namun, saintis menyatakan kesesuaian tubuh badannya ‘agak pelik’ berkemungkinan direka berdasarkan habitatnya di lautan dalam.
AYE-AYE
Aye-aye ialah mamalia seperti kera berjari panjang, mata membonjol, gigi seperti tikus dan telinga besar yang berasal dari Madagascar.
Haiwan itu dicirikan oleh kaedah luar biasa untuk mencari makanan seperti mengetuk pokok dan kemudian membuat lubang di dalam kayu menggunakan gigi kacip sebelum memasukkan jari tengah yang sempit untuk menarik keluar mangsanya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#haiwan pelik
#Banci Hidupan Marin
#alam semula jadi
#saintis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan