awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hak Sepanyol menentukan nasib Wilayah Gibraltar

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2018
01:14 MYT
Hak Sepanyol menentukan nasib Wilayah Gibraltar
Pedro Sanchez menyampaikan ucapan di Istana Moncloa di Madrid, Sepanyol, 24 Nov, 2018. (Foto AP)
Persetujuan saat-saat akhir dicapai mengenai hak Sepanyol dalam menentukan nasib Wilayah Gibraltar, sekali gus memberi laluan kepada satu persidangan Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan hari ini.
Persidangan di Brussels itu nanti akan meluluskan perjanjian pemisahan Britain daripada EU, atau langkah Brexit.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menarik balik amaran mengenai veto, selepas Britain dan pegawai EU memberi jaminan bertulis kepada Madrid.
"Kepada semua yang tinggal di Campo de Gibraltar, yang sebelum ini dalam tempoh beberapa hari dilanda kebimbangan kerana adanya rundingan yang berlanjutan beberapa jam dengan pihak berkepentingan.
"Dalam hal ini, kita kerajaan Sepanyol akan sentiasa ambil kira kepentingan anda semua, sama ada ekonomi atau sosial.
"Kepada semua warga Sepanyol, saya mahu katakan kita sudah ambil keputusan penting, bersungguh-sungguh dan satu langkah ke hadapan di mana kami memberi jaminan perlunya menyelesaikan konflik yang sudah berlanjutan selama lebih 300 tahun," kata Sanchez.
Menurutnya, kerajaan sudah mendapat jaminan yang mencukupi untuk mencapai keputusan kepada konflik yang berpanjangan antara United Kingdom dan Sepanyol.
"Akhirnya, saya mahu katakan kepada warga Britain bahawa, Sepanyol mahu terus mengekalkan hubungan baik dengan UK. Ini kerana, ramai rakyat Sepanyol tinggal di UK, begitu juga ada ramai warga Britain mendiami di Sepanyol," katanya.
Pada sesi hari ini, Perdana Menteri Britain Theresa May dijangka bertemu ketua EU Jean-Claude Juncker dan pengerusi persidangan, Donald Tusk.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#EU
#Gibraltar
#Pedro Sanchez
#rundingan
#sepanyol
#Theresa May
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan