Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Hakim Miss Universe letak jawatan, dakwa finalis dipilih 'jawatankuasa rahsia'

Astro Awani 19/11/2025 | 05:40 MYT
Omar Harfouch mendakwa wujud ‘jawatankuasa rahsia’ yang membuat pemilihan awal finalis. -Foto Instagram
BANGKOK: Seorang hakim pertandingan Miss Universe 2025 meletak jawatan tiga hari sebelum acara akhir berlangsung selepas mendakwa wujud jawatankuasa rahsia yang memilih 30 finalis lebih awal tanpa penglibatan panel juri rasmi.


Ringkasan AI
  • Hakim pertandingan Miss Universe 2025 letak jawatan tiga hari sebelum acara akhir berlangsung selepas mendakwa wujud jawatankuasa rahsia yang memilih 30 finalis lebih awal tanpa penglibatan panel juri rasmi.
  • Omar Harfouch mendedahkan kumpulan tidak rasmi membuat pemilihan awal terhadap peserta dari 136 negara, konflik kepentingan didakwa berlaku kerana hubungan peribadi dengan peserta tertentu.
  • Kontroversi ini dijangka menimbulkan perdebatan mengenai ketelusan dan integriti pemilihan ratu cantik antarabangsa Miss Universe 2025.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Omar Harfouch, pemuzik dan usahawan Lubnan-Perancis, membuat pendedahan itu menerusi media sosial pada Selasa, menyatakan rasa keliru dan bimbang selepas mengetahui kumpulan tidak rasmi tersebut membuat pemilihan awal terhadap peserta dari 136 negara.

Beliau turut mendakwa keputusan pemilihan dirahsiakan daripada juri sebenar dan terdapat konflik kepentingan kerana beberapa individu dalam jawatankuasa itu mempunyai hubungan peribadi dengan peserta tertentu, termasuk individu yang mengurus pemarkahan dan keputusan pertandingan.

“Selepas perbualan yang tidak menghormati saya dengan pihak pengurusan, saya mengambil keputusan untuk tidak menyertai pertandingan ini,” katanya dalam kenyataan di Instagram.


Pertandingan Miss Universe 2025 dijadual berlangsung Jumaat ini di Bangkok, Thailand.

Pihak penganjur setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut, namun kontroversi ini dijangka mencetuskan perdebatan mengenai ketelusan dan integriti pemilihan ratu cantik antarabangsa.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab sebenar hakim pertandingan Miss Universe 2025 meletak jawatan tiga hari sebelum acara akhir?
    A: Hakim meletak jawatan kerana mendakwa wujud jawatankuasa rahsia yang memilih 30 finalis lebih awal tanpa melibatkan panel juri rasmi.
  • Q: Siapakah individu yang membuat pendedahan mengenai kewujudan jawatankuasa rahsia dalam pemilihan peserta Miss Universe 2025?
    A: Omar Harfouch, seorang pemuzik dan usahawan Lubnan-Perancis, yang membuat pendedahan tersebut menerusi media sosial.
  • Q: Apakah yang dikatakan Omar Harfouch berkenaan pemilihan awal peserta Miss Universe 2025 oleh jawatankuasa rahsia?
    A: Omar Harfouch mendakwa pemilihan awal peserta dilakukan tanpa pengetahuan juri sebenar, terdapat konflik kepentingan, dan pemilihan dirahsiakan daripada juri.
  • Q: Mengapakah hakim pertandingan Miss Universe 2025 memutuskan untuk tidak menyertai pertandingan berkenaan?
    A: Hakim memutuskan untuk tidak menyertai pertandingan selepas berbincang dengan pihak pengurusan yang dianggap tidak menghormati beliau.
  • Q: Di manakah Miss Universe 2025 dijadualkan berlangsung?
    A: Pertandingan Miss Universe 2025 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Jumaat.



#Miss Universe 2025 #letak jawatan #hakim pertandingan #Omar Harfouch