DUNIA
Hakim Persekutuan tolak saman California cabar tarif Trump atas alasan bidang kuasa
Menurut hakim, kes itu sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS (CIT) di New York, yang khusus mengendalikan pertikaian tarif.
SACRAMENTO : Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak saman yang difailkan oleh negeri California untuk mencabar tarif dikenakan Presiden Donald Trump atas alasan bidang kuasa, namun membenarkan negeri itu meneruskan rayuan di mahkamah yang dilihat lebih menyebelahi hujahnya.
Hakim Daerah AS Jacqueline Scott Corley di San Francisco memutuskan pada lewat Isnin bahawa kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS (CIT) di New York, yang khusus mengendalikan pertikaian tarif. Namun, beliau membenarkan permohonan California untuk menolak kes itu sepenuhnya, sekali gus membolehkan negeri tersebut mengemukakan rayuan terus kepada Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan Amerika Syarikat seperti yang diminta.
Peguam Negara California Rob Bonta dalam kenyataan media pada Isnin malam menyifatkan langkah itu sebagai "langkah penting" untuk melindungi ekonomi negeri itu, yang dianggarkan terdedah kepada kos pengguna sebanyak US$25 bilion dan kehilangan 64,000 pekerjaan akibat tarif berkenaan.
"Kami yakin kes ini sepatutnya dibicarakan di mahkamah daerah persekutuan," kata Bonta dalam kenyataan itu, sambil berhujah bahawa Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) tidak memberi kuasa untuk mengenakan tarif. "Trump tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif yang merosakkan ini."
Penolakan kes itu mencerminkan strategi undang-undang California untuk mengelak CIT, yang sebelum ini mengeluarkan keputusan bercampur-campur terhadap tarif Trump. Minggu lalu, CIT menghalang pelaksanaan tarif tersebut dalam satu kes berasingan yang diketuai oleh 12 negeri diketuai Oregon, dengan memutuskan bahawa Trump telah melebihi kuasa beliau di bawah IEEPA. Namun, keputusan itu digantung sementara menunggu rayuan.
Keputusan mahkamah pada Isnin juga menandakan perubahan strategi dalam pertarungan undang-undang berprofil tinggi berkaitan kuasa presiden dan dasar perdagangan.
Keputusan Corley tidak menyentuh kesahihan tarif tersebut, sebaliknya menekankan aspek bidang kuasa. "Tindakan ini berasaskan undang-undang yang memperuntukkan tarif, dan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa," tulisnya. Pakar undang-undang menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan, yang terkenal dengan keputusan condong ke arah liberal, mungkin mengembalikan kes itu ke mahkamah daerah jika bersetuju dengan hujah perlembagaan dikemukakan California.
Tarif "Hari Pembebasan" Trump, yang diumumkan pada April, mengenakan duti asas sebanyak 10 peratus ke atas import dari kebanyakan rakan dagang, dengan kadar setinggi 145 peratus untuk import dari China. Dasar ini telah mencetuskan ketidaktentuan pasaran, dengan perniagaan mengkritik perubahan yang tidak menentu. Pelabuhan Los Angeles melaporkan penurunan penghantaran sebanyak 30 peratus pada Mei, manakala petani di Central Valley, California berdepan tarif balas terhadap eksport pertanian AS bernilai US$23 bilion.
Pertikaian undang-undang kini merentasi tiga mahkamah rayuan, dengan Mahkamah Agung dijangka perlu campur tangan bagi menyelesaikan percanggahan keputusan. Pakar perundangan berhujah bahawa kes-kes ini menguji sejauh mana kuasa perlembagaan Kongres dalam hal perdagangan, yang sejak 1930-an semakin banyak diserahkan kepada presiden.
Rayuan California ke Mahkamah Litar Kesembilan dijangka dikemukakan dalam tempoh terdekat, sekali gus membuka perbahasan berkaitan pemisahan kuasa antara badan eksekutif dan legislatif.
-- BERNAMA