DUNIA
Hakim AS sekali lagi halang larangan ke atas pelajar asing di Harvard
Universiti Harvard telah memfailkan tuntutan mahkamah yang dipinda di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Massachusetts beberapa jam sebelum keputusan hakim dikeluarkan. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan sekali lagi menghalang rancangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengecualikan pelajar asing daripada menghadiri kuliah di Universiti Harvard, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Hakim Allison Burroughs membenarkan permohonan Harvard untuk perintah sekatan sementara, sekali gus menghentikan rancangan kerajaan.
Pada Rabu, Presiden AS Donald Trump menandatangani pengisytiharan untuk menggantung visa antarabangsa pelajar atas alasan keselamatan negara dan kegagalan mereka mematuhi agensi persekutuan.
Keputusan baharu itu membolehkan Harvard memulihkan semula keupayaan pelajar antarabangsa untuk memasuki AS dan menghadiri kuliah sehingga pendengaran seterusnya pada 16 Jun, menurut akhbar pelajar Harvard Crimson.
Universiti itu telah memfailkan tuntutan mahkamah yang dipinda di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Massachusetts beberapa jam sebelum keputusan hakim dikeluarkan.
Dalam tuntutan berkenaan, Harvard menuduh pentadbiran Trump cuba memaksa institusi itu melalui tindakan balas yang tidak sah.
Hakim Burroughs sebelum ini turut mengeluarkan injunksi sementara pada akhir Mei, ketika Harvard mula memfailkan tindakan undang-undang terhadap langkah kerajaan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang hakim persekutuan AS menghalang rancangan kerajaan untuk menggantung visa pelajar antarabangsa, membenarkan permohonan Universiti Harvard bagi perintah sekatan sementara.
- Tindakan ini menyusul selepas Presiden Donald Trump menandatangani pengisytiharan menggantung visa atas alasan keselamatan negara dan ketidakpatuhan pelajar terhadap agensi persekutuan.
- Keputusan mahkamah membolehkan pelajar antarabangsa kembali menghadiri kuliah di Harvard sehingga pendengaran seterusnya pada 16 Jun, sementara universiti itu meneruskan tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Trump.