awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump

Bernama
Bernama
08/05/2024
07:10 MYT
Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump
Perbicaraan hari pertama kes membabitkan Trump (tengah) ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menghadapi pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tarikh perbicaraan yang sebelum ini dijadualkan bermula pada 20 Mei telah dibatalkan, kata hakim yang mengendalikan kes itu, Aileen Cannon, dalam satu surat pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa isu undang-undang yang belum diselesaikan menjadi punca penangguhan berkenaan.
Oleh itu, perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.
Keputusan itu merupakan kejayaan bagi calon Republikan berkenaan, kerana beliau cuba melambatkan permulaan perbicaraan sebanyak mungkin.
Trump, 77, berharap untuk kembali ke Rumah Putih selepas pilihan raya presiden.
Trump kini juga sedang dalam perbicaraan di mahkamah New York berhubung kes wang sogok kepada seorang pelakon lucah. Namun, ini bukan satu-satunya masalah undang-undang Trump.
Tahun lalu, Trump didakwa dengan tuduhan persekutuan berkaitan kes dokumen tersebut. Beliau dituduh menyimpan maklumat sensitif dari tempoh pemerintahannya antara 2017 dan 2021 secara tidak sah.
Pada Ogos 2022, FBI telah menyerbu kediaman Trump di Florida dan merampas beberapa set dokumen yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit.
Trump juga dituduh bersubahat untuk menghalang siasatan.
Beliau didakwa menggunakan rakan sekutu untuk memadamkan rakaman dari kamera pengawasan dan mengalihkan kotak dokumen.
Trump mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dikemukakan di Miami tahun lepas.
Peguamnya masih cuba menggagalkan perbicaraan itu dengan menegaskan kekebalan Trump sebagai presiden.
Mereka berhujah bahawa penyimpanan dokumen itu sebagai rekod peribadi adalah tindakan rasmi presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#FBI
#Bekas Presiden Amerika Syarikat
#Perbicaraan hari pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan