DUNIA
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Hakim menegaskan bahawa langkah menamatkan operasi itu akan menjejaskan usaha kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen persekutuan. -Foto fail/AP
HOUSTON: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menolak permohonan pegawai negeri dan tempatan Minnesota untuk menghentikan lonjakan operasi penguatkuasaan imigresen persekutuan, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kemasukan hampir 3,000 ejen Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) serta pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) di Minnesota dalam tempoh sebulan lepas adalah sebahagian daripada misi yang dinamakan oleh pentadbiran Trump sebagai "Operasi Metro Surge".
Misi itu bertujuan melaksanakan arahan Presiden bagi membanteras migrasi haram dengan menahan individu yang tinggal secara tidak sah di Minnesota dan menempatkan mereka dalam tahanan untuk proses pengusiran.
Bagaimanapun, operasi itu telah mengakibatkan kematian beberapa warga Amerika, termasuk kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Renee Good dan Alex Pretti di Minneapolis oleh ejen ICE dan CBP, yang mencetuskan protes besar-besaran di Minnesota dan di seluruh AS.
Hakim Katherine Menendez mengakui wujud kejadian ketidakadilan yang dilakukan oleh ejen persekutuan ketika menolak permohonan untuk menamatkan operasi imigresen berkenaan.
"Terdapat bukti bahawa ejen ICE dan CBP terlibat dalam pemprofilan kaum, penggunaan kekerasan secara berlebihan, dan tindakan memudaratkan yang lain," tulis Menendez dalam penghakimannya.
Sebaliknya, Menendez menegaskan bahawa langkah menamatkan operasi itu "akan menjejaskan usaha kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen persekutuan."
"Akhirnya, mahkamah mendapati imbangan kemudaratan tidak memihak secara muktamad kepada injunksi," kata Menendez sambil menambah bahawa operasi persekutuan itu "telah dan kemungkinan besar akan terus membawa kesan mendalam, malah menyedihkan kepada Negeri Minnesota, Bandar Berkembar (Twin Cities), dan penduduk Minnesota."
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey melahirkan rasa "kecewa" terhadap keputusan itu dan berjanji akan mengemukakan rayuan, selain mendakwa operasi persekutuan itu menyebabkan ketakutan dan gangguan dan bukannya meningkatkan keselamatan awam.
"Keputusan ini tidak mengubah apa yang telah dilalui oleh penduduk di sini - ketakutan, gangguan dan kemudaratan yang disebabkan oleh operasi persekutuan yang sejak awal lagi tidak sepatutnya berlaku di Minneapolis," kata Frey dalam satu kenyataan menurut rangkaian NewsNation.
Beliau berkata bandar itu akan "terus meneruskan saman itu bagi menuntut akauntabiliti daripada pentadbiran Trump."
-- BERNAA-ANADOLU
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Hakim Amerika menolak permohonan pegawai Minnesota untuk hentikan operasi imigresen persekutuan.
- Operasi "Metro Surge" pentadbiran Trump sasar migran haram di Minnesota.
- Kematian warga Amerika dalam operasi timbulkan protes; Hakim akui ejen persekutuan terlibat ketidakadilan.
Kemasukan hampir 3,000 ejen Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) serta pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) di Minnesota dalam tempoh sebulan lepas adalah sebahagian daripada misi yang dinamakan oleh pentadbiran Trump sebagai "Operasi Metro Surge".
Misi itu bertujuan melaksanakan arahan Presiden bagi membanteras migrasi haram dengan menahan individu yang tinggal secara tidak sah di Minnesota dan menempatkan mereka dalam tahanan untuk proses pengusiran.
Bagaimanapun, operasi itu telah mengakibatkan kematian beberapa warga Amerika, termasuk kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Renee Good dan Alex Pretti di Minneapolis oleh ejen ICE dan CBP, yang mencetuskan protes besar-besaran di Minnesota dan di seluruh AS.
Hakim Katherine Menendez mengakui wujud kejadian ketidakadilan yang dilakukan oleh ejen persekutuan ketika menolak permohonan untuk menamatkan operasi imigresen berkenaan.
"Terdapat bukti bahawa ejen ICE dan CBP terlibat dalam pemprofilan kaum, penggunaan kekerasan secara berlebihan, dan tindakan memudaratkan yang lain," tulis Menendez dalam penghakimannya.
Sebaliknya, Menendez menegaskan bahawa langkah menamatkan operasi itu "akan menjejaskan usaha kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen persekutuan."
"Akhirnya, mahkamah mendapati imbangan kemudaratan tidak memihak secara muktamad kepada injunksi," kata Menendez sambil menambah bahawa operasi persekutuan itu "telah dan kemungkinan besar akan terus membawa kesan mendalam, malah menyedihkan kepada Negeri Minnesota, Bandar Berkembar (Twin Cities), dan penduduk Minnesota."
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey melahirkan rasa "kecewa" terhadap keputusan itu dan berjanji akan mengemukakan rayuan, selain mendakwa operasi persekutuan itu menyebabkan ketakutan dan gangguan dan bukannya meningkatkan keselamatan awam.
"Keputusan ini tidak mengubah apa yang telah dilalui oleh penduduk di sini - ketakutan, gangguan dan kemudaratan yang disebabkan oleh operasi persekutuan yang sejak awal lagi tidak sepatutnya berlaku di Minneapolis," kata Frey dalam satu kenyataan menurut rangkaian NewsNation.
Beliau berkata bandar itu akan "terus meneruskan saman itu bagi menuntut akauntabiliti daripada pentadbiran Trump."
-- BERNAA-ANADOLU
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan sebenar misi "Operasi Metro Surge" yang dilaksanakan di Minnesota?
A: Misi itu bertujuan untuk membanteras migrasi haram dengan menahan individu yang tinggal secara tidak sah di Minnesota dan menempatkan mereka dalam tahanan untuk proses pengusiran. - Q: Apakah keputusan yang dibuat oleh Hakim Katherine Menendez berkenaan dengan permohonan untuk menghentikan operasi penguatkuasaan imigresen persekutuan di Minnesota?
A: Hakim Menendez menolak permohonan untuk menghentikan operasi penguatkuasaan imigresen persekutuan di Minnesota. - Q: Apa yang dikatakan oleh Hakim Menendez berkaitan dengan tindakan ejen ICE dan CBP dalam operasi imigresen ini?
A: Hakim Menendez mengakui wujudnya kejadian ketidakadilan yang dilakukan oleh ejen persekutuan, termasuk pemprofilan kaum, penggunaan kekerasan secara berlebihan, dan tindakan memudaratkan yang lain. - Q: Apakah reaksi Datuk Bandar Minneapolis terhadap keputusan Hakim Menendez?
A: Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey, melahirkan rasa "kecewa" terhadap keputusan itu dan berjanji untuk mengemukakan rayuan, serta mendakwa operasi persekutuan itu menyebabkan ketakutan, gangguan, dan bukannya meningkatkan keselamatan awam. - Q: Apakah langkah yang akan diambil oleh bandar Minneapolis berhubung dengan keputusan tersebut?
A: Bandar Minneapolis akan terus meneruskan saman itu bagi menuntut akauntabiliti daripada pentadbiran Trump berkenaan dengan operasi persekutuan yang dianggap menyebabkan ketakutan, gangguan, dan kemudaratan kepada penduduk setempat.