SINGAPURA: Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin, lapor CNA.
Memetik jurucakap Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI), CNA melaporkan adanya gesaan untuk melancarkan serangan siber ke atas akaun media sosial Kerajaan Singapura .
Akaun Instagram Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Teo Chee Hean, dan Menteri Luar Vivian Balakrishnan adalah antara yang terjejas, termasuk akaun Twitter Lee.
Akaun Instagram Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan dan Lembaga Pelancongan Singapura turut dispam.
"Selain itu, laman sesawang dua syarikat pengurusan acara turut terjejas. Laman sesawang berkenaan dapat dipulihkan semula dan SingCERT akan menghubungi syarikat itu untuk membantu," kata jurucakap MCI.
BACA: Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
SingCERT atau Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Singapura adalah agensi yang bertanggungjawab untuk respons terhadap insiden keselamatan siber di Singapura.
Menurut MCI organisasi tempatan yang terjejas akibat serangan siber atau mempunyai bukti adanya aktiviti mencurigakan terhadap rangkaian mereka perlu melaporkan kepada SingCERT.
Laporan boleh dibuat secara dalam talian.
Terdahulu pada 17 Mei, Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura mengesahkan pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara bersama enam rakannya telah tiba di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam pada 16 Mei.
Abdul Somad telah disoal dan selepas itu rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang semula ke Batam pada hari yang sama.
Antara lain, kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai "pelampau dan penyokong dasar segregasi", yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.
Menurut MHA kemasukan pelawat ke Singapura adalah berdasarkan kaedah "tidak secara automatik mahupun mempunyai hak" dan "setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendiri."
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Akaun Instagram Presiden Halimah Yacob adalah antara yang terjejas apabila dispam. - Gambar fail

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi ganti Rishi Sunak sebagai Menteri Kewangan
v

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai mengumumkan dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap kebanyakan 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan Britain letak jawatan serentak
Dua Menteri Kabinet paling kanan Britain meletak jawatan, pada Selasa. Langkah itu memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.

Trend serangan siber meningkat dengan ketara, satu serangan dalam 9 saat - Veritas Technologies
Kadar serangan siber terhadap organisasi atau individu di seluruh dunia meningkat dengan ketara sehingga mencapai tahap satu serangan setiap sembilan saat, menurut Veritas Technologies Malaysia.

Malaysia catat 57.8 juta serangan virus siber pada suku pertama - Fortinet
Malaysia juga menyumbang 1.14 peratus daripada jumlah serangan siber di seluruh dunia.

Itali siap siaga hadapi ancaman serangan siber Killnet
Itali mengambil langkah berjaga-jaga selepas kumpulan penggodam pro-Rusia 'Killnet' yang mendakwa ia akan melancarkan serangan siber pada Isnin.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Rusia nafi terlibat dalam serangan siber ke atas Ukraine - Duta Rusia ke AS
Kedutaan Rusia menyifatkan kenyataan Neuberger sebagai anti-Rusia.

Keselamatan siber pertimbangan terakhir organisasi perniagaan - Kajian
Tinjauan itu mendapati lebih 90 peratus responden sifatkan keselamatan siber dan daya tahan siber merupakan perkara yang sama.

Serangan siber terhadap ICRC, data peribadi 515,000 orang terjejas
Serangan siber yang canggih terhadap pelayan komputer milik ICRC telah dikesan minggu ini.

Baki tinggal RM4.40, sistem parkir PSP alami masalah teknikal bukan serangan siber - Jagdeep
Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP) mengalami masalah teknikal dan bukan serangan siber, semalam.

Ketika ekonomi digital melonjak, jenayah siber turut meningkat
Secara puratanya terdapat 270 serangan siber bagi setiap organisasi sepanjang 2021, peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding 2020.

Stesen minyak di Iran lumpuh akibat serangan siber, pengguna terjejas
Rakyat yang ingin mengisi minyak menggunakan kad subsidi yang disediakan kerajaan akan menerima mesej Cyberattack 64411.