awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hamas akan bangkit seperti burung Phoenix' - Pemimpin Hamas

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2024
01:30 MYT
'Hamas akan bangkit seperti burung Phoenix' - Pemimpin Hamas
Meshaal berkata, kumpulan pejuang itu masih mampu melancarkan serangan hendap terhadap tentera Israel. - Foto REUTERS
PEMIMPIN Hamas, Khaled Meshaal berkata, kumpulan Palestin akan bangkit "seperti burung Phoenix" daripada abu walaupun mengalami kerugian besar selama setahun berperang dengan Israel dan ia terus merekrut pejuang dan mengeluarkan senjata.
Meshaal merangka konflik dengan Israel sebagai sebahagian daripada naratif yang lebih luas menjangkau 76 tahun sejak "nakba" apabila ramai yang kehilangan tempat tinggal semasa perang 1948 yang mengiringi penciptaan Israel.
Meshaal berkata, sejarah Palestin dibuat daripada kitaran di mana Hamas kehilangan sebahagian daripada keupayaan ketenteraan tetapi semangat Palestin bangkit semula seperti burung Pheonix.
Meshaal terselamat daripada cubaan pembunuhan Israel pada 1997 selepas dia disuntik racun dan merupakan ketua keseluruhan Hamas dari tahun 1996 hingga 2017.
Beliau berkata, kumpulan pejuang itu masih mampu melancarkan serangan hendap terhadap tentera Israel.
Hamas juga melepaskan empat peluru berpandu ke Gaza pada pagi Isnin.
Meshaal kekal berpengaruh dalam Hamas kerana beliau telah memainkan peranan penting dalam kepimpinannya selama hampir tiga dekad dan kini dilihat secara meluas sebagai wajah diplomatik.
Topic Berkaitan
#Khaled Meshaal
#Hamas
#burung Phoenix
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan