DUNIA
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Al-Hayya telah menghubungi pihak perantara dan pihak antarabangsa yang tidak didedahkan selepas tentera Israel membunuh 37 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Gambar fail/Reuters
GAZA: Ahli Biro Politik Hamas merangkap pemimpinnya di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya pada Sabtu memberi amaran bahawa tindakan Israel yang terus mencabuli perjanjian gencatan senjata akan membawa kesan yang serius, lapor Anadolu Ajansi.
Hamas memaklumkan al-Hayya telah menghubungi pihak perantara dan pihak antarabangsa yang tidak didedahkan selepas tentera Israel membunuh 37 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Al-Hayya mengutuk "jenayah dan pembunuhan beramai-ramai" yang dilakukan Israel hampir setiap hari di Gaza dan menyatakan bahawa serangan itu dilakukan di bawah "helah dan pembohongan".
Beliau memberi amaran tentang kesan daripada "pelanggaran jelas" Israel terhadap perjanjian gencatan senjata, selain menegaskan bahawa komitmen kumpulan pejuang Palestin terhadap gencatan senjata menuntut kuasa pendudukan itu memenuhi kewajipannya dan dihalang daripada terus melakukan pelanggaran.
Hamas turut menyalahkan Israel kerana gagal menyelesaikan isu rakyat Palestin yang terperangkap di dalam terowong di kawasan Rafah, selatan Gaza.
Susulan pelaksanaan gencatan senjata pada 10 Okt lepas, ramai rakyat Palestin terkandas di Rafah manakala Israel enggan membenarkan mereka keluar meskipun terdapat usaha pengantaraan, dengan mendakwa sebahagian daripada mereka adalah anggota sayap tentera Hamas, Briged Izzeddin al-Qassam.
Walaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada pertengahan Januari bahawa fasa kedua pelan gencatan senjata 20 perkara beliau telah bermula, isu-isu tertunggak berkaitan gencatan senjata di Gaza, termasuk mereka yang terperangkap di dalam terowong masih belum diselesaikan.
Sementara itu, sebuah lagi kumpulan pejuang Palestin berkata peningkatan mendadak serangan Israel di Gaza merupakan cubaan jelas untuk menggagalkan usaha memperkukuh gencatan senjata.
Dalam satu kenyataan oleh Jawatankuasa Susulan Pasukan Nasional dan Islam Palestin, kumpulan itu berkata tentera Israel terus melanggar gencatan senjata dengan serangan semakin sengit susulan penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Gaza.
Ia berkata serangan memuncak pada subuh Jumaat yang menyasarkan bangunan, pusat perlindungan dan balai polis, mengorbankan ramai rakyat Palestin yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Jawatankuasa itu memaklumkan sejak Jawatankuasa Kebangsaan diumumkan pada 17 Jan, serangan Israel telah mengorbankan 71 orang dan mencederakan 140 yang lain, kebanyakannya dalam keadaan parah.
Gaza juga telah menjadi sasaran 96 serangan udara dan bedilan meriam, termasuk 61 serangan terus ke atas orang awam dengan 17 rumah musnah atau dibom.
Jawatankuasa itu menggesa AS, pihak perantara dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan dan menamatkan pencabulan gencatan senjata, selain memberi amaran bahawa serangan berterusan akan menghalang semua usaha untuk beralih ke fasa kedua gencatan senjata.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini