DUNIA
Hamas kerah polis kawal Gaza selepas pengunduran tentera Israel
Anggota polis Hamas berkawal ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Bandar Gaza, 11 Oktober 2025. - Foto Reuters.
GAZA: Pasukan polis Hamas dilihat berkawal di jalan utama Bandar Gaza pada Sabtu, sebagai langkah memperkukuh keselamatan di wilayah itu.
Menurut pasukan keselamatan berkenaan, anggota mereka kini dikerahkan sepenuhnya di seluruh Semenanjung Gaza, khususnya di kawasan yang tidak berada di bawah kawalan pendudukan Israel, lapor agensi.
Seorang anggota yang berpakaian serba hitam, memakai pelitup muka dan bersenjata, berkata kawalan utama dibuat di kawasan persimpangan serta pasar bagi memastikan keselamatan orang awam.
“Pasukan ditempatkan di persimpangan dan pasar bagi memastikan keselamatan rakyat, supaya mereka yang sedang berduka (akibat perang) merasakan bahawa undang-undang masih wujud dan tiada siapa yang berada di atasnya,” katanya.
Tambahnya, penduduk Gaza menyambut baik kehadiran pasukan keselamatan itu kerana ia menandakan penguatkuasaan undang-undang terus berjalan di wilayah yang terjejas akibat konflik berpanjangan.
“Orang ramai datang mengucapkan terima kasih dan meminta kami berdiri di sisi mereka untuk menentang pihak yang cuba mengambil kesempatan. Walaupun bilangannya kecil, kehadiran kami memberi keyakinan kepada rakyat,” ujarnya.
Sementara itu, tentera Israel dilaporkan berundur di bawah fasa pertama perjanjian yang dimediasi Amerika Syarikat minggu ini bagi menamatkan perang yang telah meragut puluhan ribu nyawa dan memusnahkan sebahagian besar Gaza.
Selepas pengunduran tentera Israel selesai pada Jumaat, tempoh 72 jam bermula untuk Hamas membebaskan 20 tebusan Israel yang masih hidup.
Berdasarkan perjanjian sama, Israel dijangka membebaskan 250 tahanan Palestin yang sedang menjalani hukuman panjang serta 1,700 tahanan yang ditangkap ketika perang, selain membenarkan ratusan trak bantuan makanan dan perubatan memasuki Gaza setiap hari.
Dapatkan berita terkini di sini