Hamas nafi tuduhan Kementerian Dalam Negeri Mesir

Astro Awani
Januari 3, 2014 03:32 MYT
Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Kaherah bahawa ia melatih anggota Ikhwanul Muslimin bagi melancarkan siri serangan di Mesir.
Kenyataan itu dibuat selepas Kaherah mengeluarkan bukti berdasarkan pengakuan anak lelaki seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin mengaitkan Hamas dengan keganasan yang berlaku di Mesir sejak beberapa bulan lalu.
Pengakuan Yahia Mongi itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Mesir antara lain mengaku menyertai Pertubuhan Ansar Beit Al-Maqdis bersama enam yang lain bagi melancarkan serangan bom.
#Ikhwanul Muslimin #Yahia Mongi