awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
STPM 2024 catat PNGK Nasional 2.85, tertinggi dalam rekod
MALAYSIA
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
MALAYSIA
AKPS siasat dakwaan wujud sindiket 'phantom travel' di KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel

Agensi
Agensi
30/01/2025
23:30 MYT
Sponsor Banner
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Pasukan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan komander tentera tertingginya, Mohammed Deif, telah dibunuh oleh rejim Zionis.
GAZA: Pasukan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan komander tentera tertingginya, Mohammed Deif, telah dibunuh.
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Israel mendakwa, Deif antara individu yang bertanggungjawab merancang serangan pada 7 Oktober di selatan Israel sehingga menyebabkan 1,200 orang terbunuh dan 251 dijadikan tebusan.
Komander Deif dianggap sebagai pegawai nombor dua Hamas di Gaza, di belakang Yahya Sinwar, pemimpin kumpulan itu di wilayah tersebut yang juga dibunuh oleh tentera Israel tahun lalu.
Hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tahun lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Deif, bersama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Deif diketahui telah membantu merancang pembinaan terowong yang membolehkan pejuang Hamas memasuki Israel dari Gaza.
Beliau juga dikaitkan sebagai tulang belakang di sebalik mereka bentuk senjata ikonik Hamas, roket Qassam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Hamas turut mengumumkan kematian timbalan komander tentera pasukan itu, Marwan Issa.
Amerika Syarikat mengumumkan kematian Issa pada Mac tahun lalu.
Issa merupakan timbalan komander sayap tentera Hamas dan dianggap sebagai salah seorang lelaki yang paling diburu oleh Israel.
Kesatuan Eropah yang meletakkan pemimpin Hamas dalam senarai pengganasnya, turut mengaitkan beliau secara langsung dengan serangan pada 7 Oktober.
Serangan ketenteraan Israel selama 15 bulan telah membunuh lebih daripada 47,460 rakyat Palestin di wilayah tersebut, menurut kementerian kesihatan Hamas di Gaza.
Gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuatkuasa pada 19 Januari.
Sejumlah 15 tebusan Israel telah dibebaskan sejak itu.
Setakat ini, 400 tahanan Palestin - dari mereka yang menjalani hukuman panjang kerana serangan bom dan serangan lain hingga remaja yang ditahan tanpa dakwaan - telah dibebaskan.
Kebanyakan mereka telah kembali ke Tebing Barat yang diduduki, Jerusalem Timur dan Gaza, sementara sekitar 70 pesalah paling serius telah dihantar keluar. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#komander Mohammed Deif
#Yahya Sinwar
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami