DUNIA
Hamas sedia adakan dialog bersama semua kumpulan Palestin
Hazem berkata pergerakan itu kini "memasuki dialog nasional dengan hati terbuka dan tangan dihulur kepada Pihak Berkuasa Palestin serta semua pasukan nasional lain". - Foto X/Jacob Lehmann
BANDARAYA GAZA: Pergerakan Palestin, Hamas pada Khamis menyatakan kesediaannya untuk memulakan dialog nasional bersama semua kumpulan Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pengumuman itu dibuat bersempena mesyuarat antara delegasi Hamas dan Fatah di Kaherah di bawah pengantaraan Mesir, bagi membincangkan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza serta masa depan wilayah berkenaan.
Dalam temu bual bersama Anadolu, jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata pergerakan itu kini "memasuki dialog nasional dengan hati terbuka dan tangan dihulur kepada Pihak Berkuasa Palestin serta semua pasukan nasional lain," sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa itu "adalah antara institusi Palestin yang tidak boleh diketepikan."
Qassem menyeru pihak berkuasa supaya "menyelaraskan konsensus nasional yang wujud di Gaza dan menghadiri dialog dengan minda terbuka," sambil menegaskan bahawa ia adalah masa untuk perpaduan nasional dan mendahulukan kepentingan negara mengatasi kepentingan sempit kumpulan.
Beliau memberi amaran bahawa ketika ini merupakan tempoh berbahaya bukan sahaja bagi Hamas tetapi juga seluruh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Jurucakap itu turut mengulangi komitmen penuh Hamas untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata Gaza dalam semua butirannya, dan menyeru para perantara agar menekan Israel supaya mematuhi perjanjian.
Menurutnya, Hamas sedang mengadakan perbincangan berterusan bagi menyempurnakan pelaksanaan perjanjian dan mengambil langkah untuk memastikan semua yang dipersetujui dapat dilaksanakan.
Qassem memaklumkan bahawa Hamas telah menerima jaminan daripada Turkiye, Mesir dan Qatar, serta jaminan daripada Amerika Syarikat bahawa "perang kini secara rasmi berakhir" dan pelaksanaan sepenuhnya perjanjian itu.
Beliau berkata Hamas telah menyempurnakan fasa pertama perjanjian dengan menyerahkan tawanan yang masih hidup serta beberapa mayat, dan kini sedang berusaha melengkapkan baki penyerahan.
Bagi fasa kedua, Qassem menjelaskan bahawa ia "memerlukan perbincangan dan penjelasan lanjut dengan para perantara," kerana fasa itu melibatkan "isu yang luas dan rumit yang menuntut pendekatan terperinci."
Beliau menegaskan matlamat utama Hamas "adalah mencapai pengakhiran menyeluruh dan berkekalan terhadap perang ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza."
Qassem berkata bahawa Hamas terus memaklumkan para perantara mengenai pelanggaran yang dilakukan Israel, termasuk pembunuhan 90 rakyat Palestin sejak gencatan senjata dikuat kuasa serta penutupan berterusan lintasan Rafah yang menghalang kemasukan bantuan mencukupi.
Beliau menuduh Israel menggunakan "situasi kemanusiaan sebagai alat tawar-menawar politik," sesuatu yang menurutnya telah lama diamalkan rejim itu di bawah sekatan Gaza, dan menyeru tindakan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan serta mengelakkan kebuluran berulang.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata 20 perkara yang diusahakan Presiden Donald Trump dimeterai pada 10 Okt lalu.
Fasa pertama itu merangkumi pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin, serta rancangan untuk membangunkan semula Gaza dan menubuhkan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.
-- BERNAMA