awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas sedia hadapi operasi Israel ke atas terowong

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2023
23:40 MYT
Hamas sedia hadapi operasi Israel ke atas terowong
Kenyataan Osama Hamdan menyusul dua hari selepas pegawai Amerika Syarikat mengesahkan operasi terowong Israel. - Foto X/Palestine
PEGAWAI kanan Hamas memaklumkan sudah sedia berdepan tindakan Israel yang mahu mengepam air ke dalam terowong didakwa tempat persembunyian mereka.
Mereka memaklumkan terowong yang dibina mampu bertahan apa jua serangan.
Menurut Osama Hamda, terowong Hamas dibina oleh jurutera berpengalaman dan ia sudah mengambil kira semua kemungkinan serangan Israel, termasuk mengepam air ke dalam terowong itu.
"Terowong-terowong ini dibina jurutera berkepakaran dan berpengalaman dan mereka sudah mengambil kira semua kemungkinan serangan dari Israel, termasuk mengepam air ke dalam terowong tetapi terowong ini adalah sebahagian daripada pertahanan kami, anda perlu mempertimbangkan semua kesan dan serangan daripada pencerobohan ini.
"Saya tidak boleh katakan tiada ancaman, tetapi saya mengesahkan ancaman ini berlaku pada tahap paling rendah, pejuang kebebasan akan berdepan dengan situasi ini dengan cara mereka, supaya mereka boleh mengelak kesan negatif," katanya.
Kenyataan Osama Hamdan menyusul dua hari selepas pegawai Amerika Syarikat mengesahkan operasi terowong Israel.
Tentera Zionis sebelum ini memaklumkan akan membanjirkan terowong dengan air untuk melumpuhkan rangkaiannya.
Topic Berkaitan
#terowong
#Hamas
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan