Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Hamas selesai bebaskan semua 20 tahanan Israel yang masih hidup di Gaza

Bernama 13/10/2025 | 10:16 MYT
Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza. - Gambar/ Reuters
BAITULMUQADDIS/ISTANBUL: Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.

Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

-- BERNAMA

#Genosid Gaza #Hamas #tahanan israel #gencatan senjata