awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan

Bernama
Bernama
01/02/2025
09:36 MYT
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas.- Reuters
BEIRUT: Pergerakan Palestin Hamas, telah membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di bandar Khan Yunis, menurut laporan agensi berita Lubnan, Al Mayadeen, yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Hamas membebaskan dua tebusan Israel dan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di Khan Yunis.
  • Israel akan membebaskan 90 tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata.
  • Gencatan senjata selama 42 hari dicapai dengan perantaraan Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat untuk menamatkan pertempuran yang telah meragut banyak nyawa.

Menurut laporan itu, seorang lagi tebusan akan dibebaskan kemudian pada hari yang sama di kawasan pelabuhan Gaza.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan pemindahan tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua tebusan kini dalam perjalanan pulang.
"Kedua-dua tebusan yang dibebaskan kini sedang diiringi oleh pasukan khas IDF dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) dalam perjalanan pulang ke wilayah Israel, yang mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan awal," menurut IDF.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Israel akan membebaskan 90 tahanan Palestin pada Sabtu, termasuk sembilan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata.
Israel dan Hamas, dengan perantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat, mencapai persetujuan pada 15 Jan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 42 hari dan menyatakan hasrat untuk menamatkan pertempuran yang telah meragut lebih 47,000 nyawa rakyat Palestin serta kira-kira 1,500 warga Israel dalam tempoh 15 bulan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#bebaskan tebusan
#gencatan senjata
#Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan