awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas seru negara-negara lain ikut jejak Perancis iktiraf Palestin

Agensi
Agensi
24/07/2025
23:30 MYT
Hamas seru negara-negara lain ikut jejak Perancis iktiraf Palestin
Hamas menyambut baik hasrat Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin dan menyifatkannya sebagai satu langkah positif ke arah mencapai keadilan buat rakyat Palestin yang tertindas. - Gambar X/Globe Eye News
GAZA: Hamas menyambut baik hasrat Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin dan menyifatkannya sebagai satu langkah positif ke arah mencapai keadilan buat rakyat Palestin yang tertindas.
Dalam kenyataan yang dikongsi menerusi saluran Telegram, Hamas berkata: “Kami menganggap pendirian penting Perancis ini sebagai perkembangan politik yang mencerminkan kesedaran global yang semakin meningkat terhadap keadilan perjuangan Palestin, serta kegagalan penjajah untuk memesongkan fakta atau menghalang kehendak rakyat yang bebas.”
Sehubungan itu, Hamas menggesa semua negara, khususnya negara-negara Eropah dan mereka yang masih belum mengiktiraf kenegaraan Palestin, supaya mengikuti jejak langkah Perancis.
“Sudah tiba masanya dunia mengiktiraf hak-hak nasional rakyat kami sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi, merujuk kepada hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air, hak menentukan nasib sendiri serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#iktiraf Negara Palestin
#Perancis iktiraf Palestin
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan