awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas siar video tebusan selepas Israel isytihar mereka mati

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2023
00:50 MYT
Hamas siar video tebusan selepas Israel isytihar mereka mati
Hamas menyiarkan rakaman video menunjukkan Chaim Peri, Amiram Cooper dan Yoram Metzger masih dalam tahanan dan tidak mati seperti didakwa Israel. - Foto X/Trey Yingst
KAHERAH: Pejuang Hamas mengeluarkan video pendek menunjukkan tiga tebusan warga emas Israel pada Isnin.
Ketiga-tiga lelaki itu telah menjadi tebusan selama lebih 10 minggu bersama kira-kira 240 yang lain sejak 7 Oktober lalu.
Mereka dikenali sebagai Chaim Peri, 79, Yoram Metzger, 80, dan Amiram Cooper, 84.
Ketiga-tiga lelaki itu, kesmeuanya berjanggut duduk bersebelahan sebagaimana dipaparkan dalam video yang disiarkan Hamas ke platform Telegram.
Antara lain, Peri, misalnya memberitahu dia dan tebusan warga emas lain mempunyai masalah kesihatan.
Dia merayu supaya Israel mendapatkan pembebasan tanpa syarat untuk mereka.
Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama seminggu pada akhir November termasuk pembebasan lebih 100 tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin dari penjara Israel.
Beberapa tebusan yang kekal di Gaza telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa Israel.
Topic Berkaitan
#tebusan
#warga emas
#Israel
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan