awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas tidak harus letak syarat sertai kerajaan perpaduan Palestin - Duta Palestin

Bernama
Bernama
08/01/2016
14:39 MYT
Hamas tidak harus letak syarat sertai kerajaan perpaduan Palestin - Duta Palestin
terdapat inisiatif berterusan dengan semua parti politik Palestin untuk mengadakan pilihan raya berkenaan. - Gambar fail
Pilihan Raya Umum Palestin bakal diadakan dalam tempoh tiga bulan jika gerakan menentang Palestin (Hamas) tidak menetapkan syarat-syarat untuk menyertai kerajaan perpaduan Palestin yang baharu.
Duta Palestin di Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha berkata terdapat inisiatif berterusan dengan semua parti politik Palestin untuk mengadakan pilihan raya berkenaan.
Pilihan raya itu ditangguhkan setelah Hamas tidak bersetuju dengan kerjasama keselamatan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbbas dengan Israel, katanya.
"Kesemua parti politik di Palestin perlu menyedari bahawa mereka tiada jalan lain tetapi untuk bekerjasama dengan presiden yang dipilih secara sah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ulang Tahun Ke-51 penubuhan pergerakan Fatah di Kedutaan Palestin di sini, hari ini.
Anwar berkata pilihan raya itu penting kerana ia akan menyatukan semua parti politik di Palestin dan kemudian memenuhi misi menamatkan penjajahan Israel dan membentuk Palestin sebagai negara merdeka.
Menurutnya Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam meyakinkan Hamas menyertai kerajaan perpaduan Palestin kerana Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal pernah berada di Malaysia tahun lepas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Menurut laporan berita, Hamas baru-baru ini berkata ia bersedia menyertai kerajaan perpaduan Palestin yang ditubuhkan itu jika kerajaan pimpinan Presiden Abbas menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel.
Baru-baru ini, Presiden Abbas dilaporkan berkata beliau mahu menamatkan isu dalaman dan menggesa Hamas supaya menyertai kerajaan perpaduan kebangsaan yang baharu itu.
Pada 2007, Hamas merampas kuasa di Semenanjung Gaza berikutan pertempuran dalaman selama berminggu-minggu dengan Fatah ketika di bawah pimpinan Abbas.
Usaha-usaha menamatkan kemelut dalaman antara kedua-dua pergerakan itu masih gagal mencapai perdamaian sepenuhnya.
Hamas dan Fatah sering bertelagah mengenai isu penguasaan di Semenanjung Gaza terutamanya mengenai isu-isu keselamatan sejak kedua-dua pergerakan itu bersetuju membentuk kerajaan sepakat pada Jun 2014.
Topic Berkaitan
#Dr Anwar Al Agha
#Hamas
#Israel
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan