awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas tuduh Israel tingkatkan 'perang pemusnahan' di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2025
00:40 MYT
Hamas tuduh Israel tingkatkan 'perang pemusnahan' di Gaza
Asap tebal kelihatan selepas satu letupan di Gaza, seperti yang dilihat dari sisi Israel di sempadan Israel-Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Gerakan Hamas menuduh Israel meningkatkan apa yang mereka sifatkan sebagai “perang pemusnahan” terhadap rakyat Palestin di Gaza, susulan serangan udara ke atas sebuah fasiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Deir al-Balah yang meragut nyawa seorang pekerja kemanusiaan asing dan mencederakan lima yang lain.

Ringkasan AI
  • Hamas menuduh Israel melancarkan serangan sistematik ke atas Gaza, termasuk terhadap fasiliti PBB, menyebabkan kematian dan kemerosotan krisis kemanusiaan.
  • Rundingan damai tergendala apabila Israel enggan menarik keluar tenteranya sepenuhnya, manakala Hamas menolak cadangan penempatan semula tentera sebagai bentuk penjajahan baharu.
  • Penganalisis dan Suruhanjaya PBB memberi amaran bahawa tindakan Israel boleh menyebabkan penghapusan kehidupan Palestin, dengan kemusnahan meluas terhadap infrastruktur dan budaya Gaza.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyifatkan serangan itu sebagai “jenayah keji” dan “pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Mereka mendakwa Israel menjalankan dasar sistematik untuk menakutkan orang awam dan pekerja bantuan, dengan tujuan memperburuk krisis kemanusiaan yang sedang melanda Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 58,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak konflik bermula pada Oktober 2023, termasuk lebih 7,000 sejak gencatan senjata terakhir runtuh pada Mac lalu.
Hamas mendakwa ratusan pekerja bantuan telah menjadi sasaran serangan Israel sejak itu, dan menuduh kerajaan Netanyahu cuba “mengetatkan kepungan” serta menghalang akses kepada keperluan asas.
Kenyataan Hamas turut menyeru PBB dan masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian tegas terhadap tindakan Israel dan mendesak agar kerajaan Israel dipertanggungjawabkan atas “jenayah terhadap kemanusiaan.”
Mereka juga menggesa agar sekatan ke atas Gaza ditamatkan serta-merta dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa halangan.
Sementara itu, rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Doha dilaporkan tergendala apabila Israel enggan menarik keluar semua tenteranya dari Gaza, sebaliknya mencadangkan penempatan semula tentera di lebih 40 peratus wilayah tersebut.
Hamas menolak cadangan itu, menyifatkannya sebagai usaha untuk “menghalalkan penjajahan semula” dan mengekalkan zon-zon terasing tanpa kebebasan pergerakan.
Penganalisis serantau memberi amaran bahawa tindakan Israel yang berterusan boleh membawa kepada “perang habis-habisan” dan memperkukuh risiko penghapusan sistematik terhadap penduduk Gaza.
Laporan terbaru oleh Suruhanjaya PBB menyatakan bahawa Israel telah memusnahkan lebih 90 peratus bangunan sekolah dan universiti serta separuh daripada tapak keagamaan dan budaya di Gaza, dan menyifatkan tindakan itu sebagai “kempen terancang untuk menghapuskan kehidupan Palestin”.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#perang pemusnahan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami