Hamid Karzai tuduh kerjasama Taliban dan AS lancar bom

Astro Awani
Mac 11, 2013 01:18 MYT
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menuduh Taliban dan Amerika Syarikat bekerjasama bagi melancarkan serangan bom di negara itu.
Hamid mendakwa mereka bersekongkol bagi menakutkan rakyat Afghanistan bahawa keganasan akan lebih buruk jika tentera asing meninggalkan negara tersebut.
Beliau merujuk kepada dua serangan terbaru pada Sabtu yang memperlihatkan bagaimana serangan itu dirancang dengan bantuan Amerika Syarikat.
Ia sekaligus membuktikan kepada rakyat Afghanistan bahawa pasukan tentera asing masih diperlukan bagi memulihkan keamanan selepas misi tamat pada 2014.
Beliau membuat tuduhan itu dalam satu ucapan membincangkan peranan wanita dalam masyarakat yang disiarkan stesen televisyen negara itu.
#Amerika Syarikat #Hamid Karzai #Presiden Afghanistan #Taliban