awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2024
00:50 MYT
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin. - Foto REUTERS
GAZA: Lebih 64,000 kanak-kanak telah menerima dos vaksin polio dan 51,000 menerima dos vitamin A memasuki hari kedua kempen vaksinasi di Gaza.
Menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu hantaran di X, setakat ini, jumlah kanak-kanak yang telah divaksin di Gaza menghampiri 157,000.
Tambah UNRWA, walaupun terdapat cabaran besar, usaha vaksinasi terus dilakukan untuk melindungi komuniti.
Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memulakan semula kempen vaksinasi polio di tengah Gaza, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian antara rejim Israel dan Hamas.
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
Menteri Kesihatan, Majed Abu Ramadan pada Isnin mengumumkan pelancaran pusingan kedua kempen pemvaksinan polio di Semenanjung Gaza untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.
Beliau menjelaskan, kempen vaksinasi itu akan berlangsung di kawasan tengah di Deir Al-Balah selama tiga hari dari 14 hingga 17 Oktober dan boleh dilanjutkan tambahan sehari.
Topic Berkaitan
#vaksin
#polio
#Kanak-kanak
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan