[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Hampir 19,000 kanak-kanak di Gaza dirawat akibat kekurangan zat makanan

Astro Awani 25/06/2025 | 06:07 MYT
Sejak awal 2025, seramai 18,741 kanak-kanak di Gaza dimasukkan ke pusat rawatan akibat kekurangan zat makanan akut, termasuk 1,648 kes baharu dalam dua minggu pertama Jun. -Gambar fail ihsan Unicef
GENEVA: Seramai 18,741 kanak-kanak di Gaza telah dimasukkan ke pusat rawatan akibat kekurangan zat makanan akut sejak awal tahun ini, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Ringkasan AI
  • Sejak awal 2025, seramai 18,741 kanak-kanak di Gaza dimasukkan ke pusat rawatan akibat kekurangan zat makanan akut, termasuk 1,648 kes baharu dalam dua minggu pertama Jun.
  • Walaupun sekatan Israel dilonggarkan pada Mei, jumlah bekalan makanan yang dibenarkan masuk ke Gaza masih sangat terhad dan tidak mencukupi untuk keperluan penduduk.
  • OCHA menegaskan keperluan penghantaran makanan berskala besar secara konsisten untuk menstabilkan bekalan dan harga, serta memulihkan kepercayaan komuniti, sementara semua kedai roti yang disokong PBB masih ditutup.

Dalam tempoh dua minggu pertama bulan Jun sahaja, sebanyak 1,648 kes baharu direkodkan, termasuk 17 kes yang mengalami komplikasi serius, kata agensi itu.
Situasi ini berlaku meskipun sekatan oleh Israel ke atas Gaza dilonggarkan pada Mei lalu selepas 78 hari, namun bekalan makanan yang dibenarkan masuk ke wilayah tersebut masih berada pada tahap yang amat terhad.
“Jumlah dan kadar penghantaran semasa adalah sangat tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan keseluruhan penduduk Gaza yang sedang berhadapan dengan tahap kekurangan makanan akut yang tinggi,” menurut kenyataan OCHA.
Agensi itu menambah bahawa penghantaran berskala besar secara konsisten dan kerap melalui lintasan perlu disegerakan bagi menstabilkan ketersediaan, harga serta kemampuan mendapatkan tepung gandum dan barangan asas lain, di samping meredakan ketegangan serta membina semula kepercayaan dalam komuniti.
“Kesemua kedai roti yang disokong oleh PBB masih ditutup,” kata kenyataan itu lagi.
#kanak-kanak di Gaza #OCHA #Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan #kekurangan zat makanan akut