awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2024
01:30 MYT
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Met Office juga menjangkakan dalam beberapa hari akan datang, suhu akan turun dengan ketara. - Foto AP
LONDON: Hampir 200 sekolah di United Kingom (UK) terpaksa ditutup akibat salji yang turun dengan lebat.
Susulan itu Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengeluarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
Menerusi video dron pada Selasa, beberapa buah rumah di Leek, England diselimuti salji tebal.
Keadaan jalan juga dilaporkan antara yang terburuk sepanjang tahun.
Met Office juga menjangkakan dalam beberapa hari akan datang, suhu akan turun dengan ketara.
Ia dijangka berada di bawah suhu purata pada pertengahan November pada waktu siang dan turun di bawah paras beku pada waktu malam.
Menurut BBC, secara purata, suhu bulan November di London adalah sekitar 11 darjah Celsius pada siang hari dan 5 darjah Celsius pada waktu malam.
Menjelang Jumaat, suhu diramalkan menjunam hingga -2 darjah Celsius di London, -4 darjah Celsius di Birmingham dan -7 darjah Celsius di kawasan utara.
Topic Berkaitan
#salji lebat
#amaran kuning
#Met Office
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan