awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB

Agensi
Agensi
19/01/2025
00:00 MYT
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Hampir 200,000 pelarian Syria telah pulang ke tanah air sejak kejatuhan Bashar Assad pada awal Disember lalu. - Gambar AP
GENEVA: Hampir 200,000 pelarian Syria telah pulang ke tanah air sejak kejatuhan Bashar Assad pada awal Disember lalu, kata Ketua Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Filippo Grandi, pada Sabtu, menjelang lawatan beliau ke wilayah tersebut.
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka, menurut data yang dikongsi oleh Grandi di X.
"Saya akan segera melawat Syria - dan negara-negara jirannya - apabila UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian) meningkatkan sokongan kepada mereka yang pulang serta komuniti yang menerima mereka," kata Grandi.
Ratusan ribu pelarian Syria telah pulang tahun lalu apabila mereka meninggalkan Lubnan untuk mengelak serangan Israel semasa konflik negara itu dengan kumpulan bersenjata Hezbollah.
Kepulangan mereka berlaku sebelum serangan kilat pemberontak Islam lewat tahun lalu yang menumbangkan Assad, sekali gus memberikan harapan kepada berakhirnya perang saudara selama 13 tahun yang telah meragut lebih setengah juta nyawa dan memaksa jutaan melarikan diri ke luar negara.
Turkiye yang berkongsi sempadan sejauh 900 kilometer (560 batu) dengan Syria, kini menempatkan kira-kira 2.9 juta pelarian Syria yang telah melarikan diri sejak 2011.
Pihak berkuasa Turkiye yang berharap ramai daripada pelarian itu akan pulang bagi mengurangkan sentimen anti-Syria yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk tempatan membenarkan seorang ahli keluarga dari setiap keluarga pelarian membuat tiga perjalanan ulang alik sehingga 1 Julai 2025 untuk persiapan pemindahan semula mereka. - Agensi
Topic Berkaitan
#pelarian syria
#Bashar Assad
#PBB
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan