Hampir 30 maut diserang militan ketika keputusan pilihan raya Pakistan belum habis dikira

Agensi
Julai 25, 2018 10:00 MYT
Pasukan keselamatan mengawal kawasan insiden serangan di bandar Quetta, Pakistan. - Reuters
Seorang pengebom bunuh diri mengorbankan sekurang-kurangnya 29 nyawa berdekatan sebuah pusat membuang undi di bandar Quetta, ketika rakyat Pakistan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Rabu, lapor Reuters.
Dalam pilihan raya sengit itu, legenda kriket Imran Khan memberi saingan hebat kepada parti yang dipimpin oleh bekas perdana menteri Nawaz Sharif.
Dalam insiden tersebut, penyerang berkenaan telah menunggang motosikalnya lalu merempuh kenderaan polis. Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Jurucakap hospital mengesahkan, 29 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam serangan di ibu kota wilayah Baluchistan itu.
BACA: Bintang legenda kriket Pakistan, Imran Khan, yakin menjadi Perdana Menteri
BACA: Pilihan raya paling kotor dalam sejarah Pakistan
Awal bulan ini, seorang pengebom bunuh diri telah mengorbankan 149 orang dalam sebuah perarakan pilihan raya di bandar Mastung. Daish juga mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
Kira-kira 371,000 anggota tentera telah diarahkan berkawal di setiap pusat pengundian di seluruh negara untuk mengelakkan perkara seumpamanya daripada terjadi. Jumlah itu adalah lima kali ganda berbanding bilangan tentera yang ditempatkan pada p[ilihan raya tahun 2013.
Dalam tinjauan terkini, baik Imran mahupun Nawaz belum boleh disahkan memperoleh kemenangan majoriti mudah dalam pilihan raya itu.
#daish #Imran Khan #keganasan #militan #Nawaz Sharif #Pakistan #pengebom bunuh diri #pengundi #serangan