DUNIA
Hampir 300 penerbangan di Lapangan Terbang Delhi tertangguh akibat gangguan teknikal
Syarikat penerbangan IndiGo, Air India, SpiceJet dan Akasa Air memaklumkan bahawa penerbangan mereka di lapangan terbang berkenaan mengalami kelewatan. - AP
NEW DELHI: Ratusan penumpang mengalami kesulitan di Lapangan Terbang Delhi pada Jumaat apabila hampir 300 penerbangan tertangguh berikutan masalah teknikal pada sistem Kawalan Trafik Udara (ATC), lapor Press Trust of India (PTI).
Syarikat penerbangan IndiGo, Air India, SpiceJet dan Akasa Air memaklumkan bahawa penerbangan mereka di lapangan terbang berkenaan mengalami kelewatan disebabkan isu dengan sistem ATC.
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGIA), yang merupakan lapangan terbang tersibuk di negara itu, mengendalikan lebih 1,500 penerbangan setiap hari.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) memaklumkan operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan menghadapi kelewatan disebabkan masalah teknikal pada Sistem Pensuisan Mesej Automatik (AMSS) yang menyokong data ATC.
AAI yang dimiliki kerajaan dan menyediakan perkhidmatan ATC serta navigasi, berkata pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan sistem berkenaan secepat mungkin.
"Kami kesal atas gangguan yang berlaku di IGIA akibat masalah teknikal pada ATC yang menjejaskan operasi penerbangan.
"Perkara ini sedang ditangani dengan keutamaan tinggi melalui penyelarasan rapat antara ATC, DIAL (Delhi International Airport Limited) dan pihak berkepentingan lain," kata pengendali DIAL dalam satu hantaran di platform media sosial X.
Menurut sumber, berlaku barisan panjang berhampiran pintu masuk pesawat dan ratusan penumpang menunggu di dalam terminal untuk mendapatkan kemas kini penerbangan.
Sumber berkata pengawal trafik udara tidak dapat menerima pelan penerbangan secara automatik sejak Khamis malam disebabkan masalah teknikal.
Terdapat isu dengan AMSS yang menyediakan maklumat untuk Auto Track System (ATS) yang menjana pelan penerbangan, menurut seorang lagi sumber.
Dengan masalah sistem yang berterusan, pengawal trafik udara kini menyediakan pelan penerbangan secara manual menggunakan data yang ada, proses yang mengambil masa dan menyebabkan kelewatan tambahan, kata sumber itu.
Mereka menambah bahawa masalah itu turut menyebabkan kesesakan trafik udara di lapangan terbang dan pihak berkuasa sedang berusaha membaiki kerosakan tersebut.
Data daripada laman sesawang penjejakan penerbangan Flightradar24.com menunjukkan hampir 300 penerbangan ditangguhkan di lapangan terbang itu, dengan purata kelewatan bagi penerbangan berlepas sekitar 60 minit.
-- BERNAMA