awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun

Bernama
Bernama
02/12/2024
07:30 MYT
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Sebanyak 3,933 barangan makanan telah disahkan akan mengalami kenaikan harga berdasarkan pengumuman daripada 195 pengeluar makanan tempatan setakat akhir November. - Gambar hiasan/ Reuters
TOKYO: Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Menurut Teikoku Databank, sebanyak 3,933 barangan makanan telah disahkan akan mengalami kenaikan harga berdasarkan pengumuman daripada 195 pengeluar makanan tempatan setakat akhir November.
Minuman beralkohol dan minuman ringan mendahului senarai dengan 1,251 barangan, diikuti dengan roti sebanyak 1,227 barangan, dan makanan diproses seperti barangan sejuk beku dan kek beras sebanyak 1,040 barangan.
Kos bahan mentah yang tinggi terus menjadi punca utama kenaikan harga itu, walaupun peningkatan ketara dalam kos berkaitan logistik dan buruh turut dicatatkan.
Laporan itu meramalkan bahawa faktor yang berterusan ini akan mendorong kenaikan harga selanjutnya sepanjang tahun akan datang.
Data terdahulu menunjukkan kadar inflasi Jepun kekal pada atau melebihi sasaran dua peratus Bank of Japan (BOJ) sejak April 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#kenaikan harga barang
#kos sara hidup
#2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan