awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 5 juta penduduk Indonesia terjejas akibat kemarau

Bernama
Bernama
07/09/2018
01:27 MYT
Hampir 5 juta penduduk Indonesia terjejas akibat kemarau
Musim kemarau itu dijangka berterusan sehingga akhir September ini. - Foto Reuters/Sigit Pamungkas
Hampir lima juta penduduk di 11 provinsi di Indonesia kini menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih berikutan musim kemarau sejak akhir Julai lepas.
Setakat ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah memperuntukkan dana sebanyak Rp50 bilion (RM14 juta) bagi membekalkan air bersih di kawasan terbabit.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata antara wilayah yang teruk terjejas ialah di provinsi Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur dan Lampung.
"Di Pulau Lombok dan Pulau Sumbawa misalnya, bekalan air bersih amat meruncing berikutan berlakunya kejadian gempa bumi yang telah merosakkan sistem paip air, " katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), musim kemarau itu dijangka berterusan sehingga akhir September ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#BNPB
#Indonesia
#kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan